Bagi pengetahuan Umum, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah meperkenal dan menyediakan pelbagai pakej program berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang berkelayakan memerlukan bantuan.
Salah satu bantuan yang sudah diperkenalkan dan diberikan adalah melalui pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau lebih dikenali sebagai RISDA.
PENGENALAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Program bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan bantuan kewangan secara tahunan yang disalurkan oleh pihak RISDA bagi meringankan beban yang dipikul oleh pekebun atau peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang melanda setiap tahun.
Seperti tahun 2021, pembayaran BMT akan diberikan melalui 2 Fasa dalam masa setahun. Dengan itu penerima yang layak akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 300 setiap fasa, bermakna untuk setahun akan menerima jumlah bantuan BMT sebanyak RM 600.
TARIKH PERMOHONAN
Untuk anda yang ingin membuat permohonan, jadual permohonan adalah bermula 5 Mei 2022 sehingga 15 September 2022. Disarankan membuat permohonan segera bagi memudahkan proses semakan permohonan.
SYARAT KELAYAKAN BMT
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Individu/ Pekebun kecil
- Pemilik tanah secara sah
- Keluasan tanah dari 0.1 hingga 2.5 hektar
- Seorang penerima untuk 1 lot sahaja
- Penoreh bukan pemilik tanah tetapi telah berdaftar dengan RISDA
- Menoreh getah di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- Mempunyai PAT-G
PANDUAN PERMOHONAN BMT
Kepada yang menepati kelayakan dan ingin membuat permohonan, anda boleh memohon secara terus melalui laman rasmi RISDA –DI SINI
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad pengenalan pemohon
- Salinan buku akaun yang masih aktif
- Geran tanah dan salinannya
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda ingin semak senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun 2022 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, si ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI