FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA2 Dibenarkan

Pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 kini dibenarkan bagi ahli yang ingin membuat pembiayaan pengeluaran melalui institusi perbankan. Walaupun pengeluaran khas 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh KWSP untuk pencarum.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FSA2

Untuk makluman, pada suku pertama tahun ini pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan sebuah program kemudahan. Kepada ahli yang berumur 55 tahun dan kebawah layak untuk membuat permohonan pembiayaan pengeluaran melalui FSA2.

Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dilaksanakan secara 2 fasa, pada waktu ini permohonan bagi pengeluaran FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada ahli yang berminat. Institusi yang terlibat adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB, dijangka akan ada institusi perbankan lain akan turut serta.

PENGELUARAN BERSYARAT SEHINGGA RM50,000

Untuk sedia maklum, had kelayakan pengeluaran wang melalui pembiayaan FSA2 KWSP ini adalah sehingga maksimum RM50,000. Amaun yang ini dikeluarkan tertakluk pada baki simpanan akaun 2 KWSP pemohon.

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan pengeluaran kwsp bersyarat FSA2 yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia yang berumur dari 40 tahun dan keatas (belum mencapai umur 55 tahun) bagi fasa 1
  • Baki simpanan akaun 2 KWSP minimum RM3,000
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Pengeluaran bersyarat sehingga maksimum RM50,000
  • Mematuhi dan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh bank

Nota : Untuk makluman umum, permohonan pengeluaran kwsp bersyarat FSA2 ini dibuka sepanjang tahun ini bermula April 2023. Buat masa ini hanya 2 institusi perbankan yang terlibat iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli yang ingin membuat permohonan pembiayaan pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2 KWSP ini, panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan. Sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Kepada pencarum yang berkelayakan, suka diingatkan bahawa kemudahan pengeluaran FSA2 KWSP ini adalah dalam bentuk pembiayaan. Sekiranya tidak berkeperlukan, disarankan tidak melakukan pengeluaran bersyarat ini bagi menyimpan untuk waktu persaraan nanti.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan pada tahun ini – SEMAK DISINI untuk maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button