BANTUANBantuan KerajaanSTR 2025

Pemberian STR Fasa 1 : Syarat Kelayakan Penerima Tahun 2025

Pemberian STR Fasa 1 – Program Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR ialah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebagai bantuan kewangan. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban golongan yang terkesan oleh cabaran ekonomi, terutamanya di kalangan penerima daripada kategori miskin, B40, dan M40.

PEMBERIAN STR TAHUN 2025

Kabinet telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program khas ini bagi sesi 2025. Dalam mengukuhkan sokongan kepada rakyat, kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bantuan STR kepada RM13 bilion.

Jumlah ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 60% daripada populasi dewasa di Malaysia, yang termasuklah mereka dalam kategori B40 dan M40. Pengagihan bayaran STR 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat, yang terdiri daripada empat fasa: Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4.

Setiap fasa akan memastikan pembayaran dilakukan kepada penerima yang layak dengan kadar yang ditetapkan. Sikap yang berterusan dan komitmen kerajaan terhadap golongan yang memerlukan adalah jelas melalui inisiatif ini, memperlihatkan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PEMBERIAN STR FASA 1

Untuk makluman umum, sepanjang bulan November lalu pihak kerajaan telah membuka portal bagi kemaskini maklumat dan pendaftaran baharu. Syarat-syarat kelayakan penerima STR fasa 1 tahun 2025 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima sedia ada STR 2024
  • Berstatus bujang, warga emas serta isi rumah
  • Pendapatan dibawah RM5,000 sebulan
  • Golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

SEMAK STATUS STR FASA 1 TAHUN 2025

Seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan, semakan status dan kemaskini maklumat terkini boleh dibuat secara dalam talian. Untuk semakan, sila layari laman pautan rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button