BANTUANBMTMusimtengkujuh

Pemberian Bantuan Tunai RM200 Dikreditkan Selama 4 Bulan

Pemberian Bantuan Tunai RM200 akan dikreditkan selama tempoh 4 bulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada penghujung tahun ini. Bagi makluman umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM200 SEBULAN

Kerajaan menerusi agensi RISDA telah memperkenalkan sebuah program sumbangan bantuan musim tengkujuh atau BMT. Program ini telah dilaksanakan setiap tahun bagi membantu mengurangkan beban kewangan pada waktu musim tengkujuh.

Kadar jumlah bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM800 yang dikreditkan secara berperingkat selama tempoh 4 bulan. Pada tahun lalu, bantuan ini disalurkan pada bulan November, Disember, Januari dan Februari pada kadar RM200 sebulan.

Bermula 1 Jun 2024, kepada mereka yang layak boleh memohon atau mengemaskini maklumat bantuan BMT. Dengan adanya insentif tambahan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima di waktu musim tengkujuh.

SYARAT KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI BMT

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi program BMT mengikut kategori seperti di bawah :

Penoreh Getah

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh getah berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) atau sijil pengaktifan PAT-G yang masih aktif dan sah
  • Perlu dapatkan pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah jika bukan pemilik tanah
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Setiap satu (1) lot hanya seorang penerima bantuan.

Pekebun Kecil

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Pemilik tanah yang sah
  • Memiliki jumlah keluasan tapak tanah milikan antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Setiap satu (1) lot hanya untuk seorang penerima sahaja.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BMT DIBUKA

Untuk makluman, bagi sesi tahun ini permohonan bantuan musim tengkujuh telah dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga tarikh tutup pada 30 September 2024. Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan.

Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila layari laman portal rasmi bantuan – BMT 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain BMT, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button