Pemberian Bantuan Sumbangan Khas kerajaan akan dibayar ke seluruh penerima pada minggu hadapan bermula 23 Februari 2024. Inisiatif khas ini merupakan sumbangan tambahan yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan.
PEMBERIAN BANTUAN SUMBANGAN KHAS
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan sumbangan khas bernilai RM1,000 dan RM2,000 pada bulan Februari ini. Perkara ini telah dimaklumkan semasa sidang pembentangan Belanjawan 2024.
Pemberian bantuan khas yang dikenali sebagai bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam ini merupakan sebahagian inisiatif yang ada pada tahun 2024.
Perlaksanaan program bantuan khas ini diperkenalkan adalah sebagai tanda usaha kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun.
Dengan adanya pemberian sumbangan tunai ini dapat membantu meringakan beban rakyat Malaysia yang terdiri daripada penjawat awam. Senarai penerima yang berkelayakan dapat manfaat daripada insentif tambahan ini adalah seperti dibawah.
KADAR PEMBERIAN BANTUAN KHAS KERAJAAN
Untuk makluman, bantuan istimewa ini akan dibayar secara one-off kepada mereka yang terlibat. Senarai penerima dan jumlah bayaran adalah seperti berikut :
- RM1000 : Bagi kategori pesara kerajaan termasuklah veteran yang berpencen dan vetera tidak berpencen
- RM2000 : Bagi kategori penjawat awam gred 56 dan kebawah termasuk berstatus lantikan kontrak.
Sumbangan berjumlah RM1000 juga akan diberikan kepada mereka yang berada dalam jawatan utama sektor awam yang melibatkan semua pihak. Termasuklah polis, tentera, bomba, angkatan dan seluruh anggota beruniform.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN KHAS
Pembayaran bantuan khas kerajaan ini akan diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun bank setiap penerima. Pemberian insentif sumbangan ini tidak perlu kemukakan permohonan, ianya diberikan secara automatik.
Berdasarkan sidang Belanjawan 2024 bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat pada 23 Februari 2024 sehingga selesai. Dengan adanyan bantuan sumbangan istimewa pada bulan ini dapat meringankan beban bagi persediaan persekolahan anak dan menyambut bulan ramadan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih lagi kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.