Program Penajaan Pengajian (TESP) : Panduan Mohon
Program Penajaan Pengajian (TESP) adalah satu inisiatif yang diwujudkan untuk membantu pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi. Ini adalah pinjaman boleh ubah (PBU) yang disediakan oleh pihak MARA, bagi meringankan beban kewangan pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran.
PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN (TESP)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memperkenalkan sebuah kemudahan berbentuk bantuan penajaan pengajian Tertiari (TESP). Bantuan ini khusus untuk pelajar lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma, dan program setaraf lain yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian.
Dalam usaha untuk memperkasakan generasi muda, program ini memberi peluang kepada mereka untuk mencapai cita-cita dan impian dalam bidang akademik mereka. Untuk makluman, permohonan bagi Program Penajaan Pengajian Tertinggi (TESP) kini dibuka sehingga 5 Disember 2024.
Pelajar yang layak digalakkan untuk memohon sebelum tarikh tutup untuk memastikan peluang pembiayaan pendidikan yang lebih baik. Dengan adanya inisiatif ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat menyambung pengajian mereka tanpa dibebani masalah kewangan.
Program TESP atau (Tertiary Education Sponsorship Programme) ini merupakan insentif penajaan berbentuk pinjaman boleh ubah. Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama juga layak untuk kemukakan permohonan.
JENIS PEMBIAYAAN PENGAJIAN (TESP) YANG DISEDIAKAN
Program khas ini merangkumi beberapa jenis bentuk pembiayaan yang ditawarkan seperti :
- Yuran pengajian – Kos yuran pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih ditanggung
- Elaun pengangkutan – Untuk pelajar semenanjung yang melanjutkan pengajian di negeri Sabah dan Sarawak begitu juga sebaliknya
- (ESH) Elaun sara hidup – Bantuan elaun bulanan bagi menampung kos sara hidup semasa dalam pengajian.
Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan :
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan
- Ibu bapa atau penjaga tidak berada dalam senarai hitam atau sedang terlibat dalam tindakan undang-undang MARA
- Bebas daripada sebarang penyakit kronik atau berjangkit yang memerlukan rawatan susulan.
TARIKH PERMOHONAN & PANDUAN DAFTAR
Seperti yang telah dimaklumkan, tarikh permohonan program penajaan pengajian TESP ini dibuka mulai 26 November sehingga 5 Disember 2024. Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang mohon bantuan khas ini, panduan lengkap disediakan di laman rasmi – MARA (TESP)
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.