BANTUANMyKasihPemberianSARA

Pemberian Bantuan MyKasih SARA : Mula Disalurkan Berperingkat

Pemberian Bantuan MyKasih SARA telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, inisiatif bantuan tambahan ini adalah merupakan sebahagian Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH SARA

Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bahawa pemberian Sumbangan Asas Rahmah akan diteruskan pada sesi tahun 2024. Bukan itu sahaja, bantuan khas ini juga telah diperluaskan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

Pada tahun ini terdapat penambahan kategori berbanding tahun lalu hanya berstatus miskin tegar sahaja yang menerima. Kali ini kategori bukan miskin tegar juga akan dapat manfaat daripada pemberian insentif istimewa ini.

Bantuan SARA ini diberikan bukan seperti STR iaitu secara tunai, ianya akan diagihkan secara berperingkat ke dalam mykad penerima. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH SARA 2024

Jumlah bayaran yang diberikan telah ditetapkan mengikut kategori seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah berstatus miskin/ miskin tegar : RM1,200
  • Kategori warga emas berstatus miskin/ tegar : RM1,200
  • Kategori bujang berstatus miskin/ tegar : RM600
  • Kategori isi rumah berstatus bukan miskin/ tegar : RM300
  • Kategori warga emas dan bujang bukan miskin : RM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA

Untuk makluman, pengagihan berperingkat bagi kategori miskin tegar telah dikreditkan bermula Januari sehingga Disember 2024. Kadar bantuan adalah RM100 sebulan (Isi rumah) dan RM50 sebulan (bujang).

Bagi bayaran SARA untuk kategori berstatus bukan miskin akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan pada waktu yang akan ditetapkan (terdekat).

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Jika kalian merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan sama ada berkelayakan atau tidak menerima insentif khas ini boleh dilakukan secara online. Untuk cek semakan status kelayakan, sila layari laman rasmi – MyKasih (SARA)

Sekiranya berkelayakan, maklumat anda menyatakan layak akan dipaparkan pada skrin dan boleh gunakan bantuan tersebut di pasaraya berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button