KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran sebahagian

Empat Jenis Pengeluaran KWSP Yang Diluluskan : Semak Segera

Terdapat empat jenis pengeluaran KWSP yang telah diluluskan dan boleh dilakukan oleh para pencarum pada tahun ini. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu ahli yang memerlukan.

EMPAT JENIS PENGELUARAN KWSP

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan empat jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan ahli secara bersyarat. Di platform KWSP terdapat 2 kategori akaun iaitu akaun 1 dan akaun 2 dan ahli boleh buat pengeluaran secara penuh dan sebahagian.

Bagi simpanan akaun 2, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang dibenarkan secara sebahagian selagi menepati syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah empat jenis pengeluaran KWSP yang diluluskan seperti dibawah.

JENIS PENGELUARAN KWSP 50 TAHUN

Apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun, mereka secara automatik boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan dari akaun 2 KWSP. Kemudahan pengeluaran ini adalah merupakan sebagai persediaan untuk hari persaraan.

Setiap pencarum yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran jika mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN PERUMAHAN

KWSP juga menyediakan kemudahan pengeluaran kepada ahli yang ingin membuat untuk tujuan perumahan. Pengeluaran dari akaun 2 KWSP diluluskan untuk tujuan membeli rumah, bina rumah, membayar ansuran bulanan pinjaman rumah dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Bagi kemudahan ini, ahli tidak rugi kerana pengeluaran untuk tujuan rumah dapat mengurangkan beban pada hari persaraan nanti. Kerana rumah adalah merupakan salah satu aset penting bagi setiap orang.

JENIS PENGELUARAN KWSP KESIHATAN

Pengeluaran wang simpanan akaun 2 KWSP dibenarkan untuk tujuan rawatan kesihatan. Kepada ahli yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran akaun 2 KWSP bagi membiayai kos rawatan perubatan atau alat bantuan kesihatan.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Kepada ahli KWSP yang beragama islam berumur 55 tahun dan kebawah. Jika anda sedang merancang untuk menunaikan ibadah haji, pengeluaran simpanan akaun 2 dibenarkan.

CARA MOHON PENGELUARAN KWSP

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan seperti diatas atau tujuan lain. Sila semak terma syarat dan cara mohon di laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button