Pembayaran bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1 diberikan secara berperingkat pada bulan Januari 2023. Untuk makluman terdapat pelbagai inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan.
Program bantuan tunai rakyat ini termasuk salah satu insentif yang diberikan pada awal tahun ini. Menerusi perkongsi rakan-rakan di media sosial. Ramai pemegang kad bank BSN telah menerima bayaran bantuan BTR fasa 1 pada 15 Januari 2023.
BANTUAN TUNAI FASA 1
Untuk sedia maklum bantuan ini baru diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan kewangan tahun lalu iaitu Bantuan keluarga malaysia (BKM). Perkara ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan semasa sidang pembentangan Bajet mini 2023 pada Disember lalu.
Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan tarikh pembayaran BTR fasa 1 pada bulan Januari 2023. Bagi maklumat ringkas berkenaan bantuan khas ini, sila ikuti butiran dibawah.
KADAR BANTUAN TUNAI FASA 1
Untuk makluman, kadar bayaran yang diberikan pada fasa 1 akan melibatkan 2 kategori yang akan menerima dengan jumlah yang berbeza. Bagi kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100, manakala kategori isi rumah (keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM300.
PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Insentif khas ini akan diberikan secara berperingkat selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan ini. Suka cita dimaklumkan, ramai rakan-rakan media sosial telah berkongsikan maklumat bahawa mereka telah menerima bayaran fasa 1 ini.
Rata-rata yang menerima adalah pemegang kad bank simpanan nasional. Ada yang menerima RM100 dan ada yang menerima RM300. Seperti bantuan BKM , pemegang bank BSN akan menerima bayaran terlebih dahulu dan diikuti bank lain sehingga selesai. Diharapkan yang masih belum menerima insentif ini bersabar kerana dijangkakan pembayaran akan dikreditkan selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini.
INFORMASI LANJUT
Bagi yang terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai bagi membantu rakyat Malaysia terutama untuk kumpulan yang memerlukan.
Sila semak senarai bantuan kerajaan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda mohon di laman utama –SEMAK DISINI untuk rujukan umum.