Ramai yang terlepas pandang, untuk sedia maklum Pihak Kerajaan telah perkenalkan sebuah Skim Transaksi tanpa tunai melalui Program eStart. Program ini bertujuan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di platform perniagaan – E-Wallet Belia tahun ini.
Kepada pemohon yang layak, eStart akan mengkreditkan sebanyak RM 150 secara one-off terus ke dalam akaun e-dompet individu belia serta kepada pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam Negara.
Pihak Kerajaan telah memperuntukan kira-kira RM 300 Juta untuk program ini dengan harapan lebih 2 juta belia yang bakal menerima akan dapat manfaatkan dan menggunakan sebaiknya melalui pembelian yang berguna seperti peralatan pembelajaran dan sebagainya.
Pengenalan Program eStart
Program eStart adalah salah satu Skim Traksaksi Tanpa Tunai yang bertujuan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan yang ada.
Melaui program eStart ini, kepada para belia yang berusia 18 hingga 20 tahun yang layak akan menerima kredit secara one-off RM 150 ke dalam akaun e-dompet masing-masing.
Aplikasi E-Wallet
- Boost
- Grab Pay
- Big Pay
- E-Wallet Touch N Go
Jika ada sebarang maklumat baru, kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkenaan Program E-Wallet / eStart ini.
Panduan Permohonan
Kepada Belia dan para pelajar IPT yang berusia 18 hingga 20 tahun, layak untuk membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi e-tunai yang terlibat.
Maklumat Lanjut
Untuk para belia, pelbagai inisiatif dan bantuan berbentuk kewangan telah disediakan pihak kerajaan pada tahun ini untuk golongan belia melalui Bajet 2022. Sila ke Portal Rasmi untuk mengetahui bantuan lain yang diumumpakan pada bajet 2022 – DI SINI
Bantuan Kewangan Bagi Rakyat Malaysia
Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan kepada rakyat Malaysia. Insentif ini diberikan bagi tujuan membantu meringankan kos sara hidup pada tahun ini lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI