BANTUANBUDI MADANI

Panduan Daftar BUDI MADANI 2025 : Bantuan RM200 Sebulan

Panduan Daftar BUDI MADANI 2025 – Dalam sidang belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia telah memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia, khususnya mereka yang berkelayakan, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dengan pelaksanaan ini, diharapkan dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada golongan yang terkesan.

BANTUAN BUDI MADANI 2025

Di bawah inisiatif Budi Madani, bantuan subsidi berjumlah RM200 sebulan akan disalurkan kepada rakyat yang layak. Mereka yang berhak menerima bantuan ini termasuk pemilik kenderaan diesel, petani, dan penternak.

Dengan bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka, sekaligus meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pendaftaran permohonan untuk mendapatkan bantuan ini dibuka sepanjang tahun ini.

Ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memohon dan mendapatkan manfaat daripada inisiatif ini. Rakyat yang memenuhi syarat disarankan untuk mendaftar agar tidak terlepas peluang untuk menikmati bantuan ini, demi mengurangkan beban kewangan yang semakin berat.

PANDUAN KATEGORI BUDI MADANI

Program khas ini adalah bantuan subsidi bersasar yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan golongan yang benar-benar layak mendapatkan manfaat. Untuk makluman umum, program BUDI ini terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :

  • BUDI INDIVIDU – Bantuan subsidi secara tunai bernilai RM200 sebulan kepada pemilik kenderaan jenis minyak diesel persendirian.
  • MySubsidi Diesel – Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih sedang menunggu kelulusan Fleet Card.
  • BUDI AGRI-KOMODITI – Bantuan khas kepada golongan petani dan penternak bagi meringankan beban kos bahan api dan operasi pertanian.

KELAYAKAN & PANDUAN DAFTAR BUDI MADANI

Antara kriteria asas kelayakan mendapatkan bantuan khas ini adalah seperti :

  • Berstatus warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan individu tidak melebihi RM100,000
  • Mempunyai kenderaan diesel (budi individu)
  • Merupakan seorang petani, penternak atau pekebun kecil (budi agri-komoditi)
  • Dapat kelulusan awal skim kawalan diesel subsidi (SKDS) untuk MySubsidi Diesel.

Jika anda berminat, pendaftaran masih dibuka pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat insentif yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk panduan dan permohonan, sila ke laman rasmi – https://budimadani.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button