Untuk makluman, pihak kerajaan telah menyediakan Skim pinjaman Perumahan yang ditubuhkan dengan tujuan supaya dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan harga mampu milik.
Adakah anda dikalangan yang tidak mempunyai modal peruntukkan untuk membina rumah? jangan risau disini telah disediakan cara permohonan bantuan sehingga RM 60,000 untuk bina rumah kos rendah dan mampu milik.
Syarat Kelayakan
- >Pemohon dan pasangan wajib berstatus Warganegara Malaysia
- >Pemohon berumur 21 sehingga 70 tahun
- >Pemohon atau pasangan belum pernah memiliki rumah sendiri
- >Pemohon bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan
- >Bukan pesara atau kakitangan kerajaan termasuk pasangan
- >Jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3,000 dan kebawah
- >Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga.
Kadar Pinjaman
- Had pinjaman adalah sebanyak maksimum sehingga RM 60,000 tidak termasuk kos perlindungan insuran
- Caj pinjaman perkhidmatan adalah 2% keatas
- Tempoh bayaran balik maksimum pinjaman 35 tahun atau sehingga 70 tahun
- Pemohon perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh panel insuran, Jabatan Perumahan Negara di atas rumah yang dibina.
Syarat Pembinaan Rumah
- Rumah kos rendah (Keluasan lantai 700 -1,000 kaki persegi, miliki sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu.
- Calon tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri
- Calon diberikan pilihan pelan rumah yang disediakan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara sahaja
- Mendapatkan kelulusan pelan bangunan dari pihak Berkuasa Tempatan jika diperlukan
- Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut
- Memiliki pendapatan bulanan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
- Mempunyai pendaftaran syarikat atau perakuan pendaftaran CIDB yang masih aktif dan sah
- Memiliki pengkhususan kerja berkenaan bidang pembinaan.
Panduan Mohon Skim Pinjaman Peumahan
Sila muat turun borang permohonan yang telah disediakan
ALAMAT
Bahagian Pengurusan Perumahan,
Jabatan Perumahan Negara,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan,
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
E-mel : spp@kpkt.gov.my
No Tel : 03 8000 8000 / 03 8891 4269.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI