BANTUANJKMKanak-kanak

JKM : Senarai Bantuan Kewangan Yang Boleh Dimohon Bulan Mei

JKM : Senarai Bantuan Kewangan yang boleh dimohon pada bulan Mei ini oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk makluman umum, pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan di bawah Belanjawan 2024.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN JKM

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan banyak jenis insentif bantuan secara one-off mahupun bulanan. Pelbagai bantuan ini diberi keutamaan permohonan kepada golongan sasar yang kurang berkemampuan.

Kadar bantuan yang ditawarkan oleh pihak JKM adalah sehingga maksimum RM1,000 sebulan bagi sebuah keluarga. Tujuan utama perlaksanaan program skim bantuan kebajikan ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

Pada bulan Mei ini masih terdapat beberapa jenis bantuan yang masih dibuka permohonan untuk memberi manfaat kepada mereka yang kurang berkemampuan. Antara bantuan-bantuan yang boleh dimohon pada bulan ini adalah seperti di bawah.

KADAR BAYARAN BANTUAN KEWANGAN JKM

Berikut adalah kadar jumlah bayaran bantuan kewangan JKM yang ada pada tahun ini mengikut kategori seperti dibawah :

  • Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 sebulan
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM150 – RM1,000 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100 – RM350 sebulan
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) : RM2,700 one-off
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 – RM500 sebulan

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM 

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan bagi permohonan bantuan kewangan yang disediakan JKM seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Golongan sasar JKM dan kategori memerlukan
  • Menepati syarat kelayakan mengikut kategori jenis bantuan yang ingin dimohon.

PANDUAN MOHON BANTUAN KEWANGAN JKM

Kepada kalian yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk panduan lengkap dan butiran penuh berkenaan senarai bantuan yang ada, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK (JKM)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button