MyKasih SARA : Pemberian Bantuan Dikreditkan Selama 6 Bulan
MyKasih SARA : Pemberian Bantuan Berjumlah RM600 dikreditkan selama 6 bulan kepada penerima STR yang berkelayakan. Bagi pengetahuan umum, inisiatif khas ini adalah merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan dibawah Belanjawan 2023.
MYKASIH SARA : PEMBERIAN BANTUAN KHAS
Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Inisiatif berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas ini diberikan pada kadar jumlah RM600.
Pengagihan bantuan ini dibayar secara pengkreditan ke dalam mykad individu yang layak selama 6 bulan pada kadar RM100 sebulan. Pembayaran telah berkuatkuasa bermula Julai sehingga Disember ini.
Dengan adanya insentif istimewa ini dapat meringankan beban serta golongan yang benar-benar memerlukan pada waktu ini. Inisiatif ini boleh digunakan dengan cara membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.
KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH SARA
Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan insentif khas berjumlah RM600 ini seperti berikut :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK)
- Tersenarai dalam data e-kasih
Info : Mereka yang merupakan penerima STR boleh membuat semakan status sama ada layak ataupun tidak. Bantuan khas ini amat memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada kumpulan yang memerlukan dan kurang berkemampuan pada tahun ini.
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA
Sekiranya anda berkelayakan dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh semak status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah secara dalam talian. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi MyKasih SARA – DI SINI
Jika anda layak, maklumat peribadi akan dipaparkan pada skrin menyatakan anda layak menerima insentif khas ini semasa semakan dilakukan. Inisiatif bantuan tersebut boleh digunakan dengan pembelian menggunakan mykad di mana-mana pasaraya dan kedai runcit seluruh negara.
MAKLUMAT LANJUT
Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan dan ditawarkan kepada rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.