BANTUANGeran PelancaranJKM

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 Untuk B40 Secara One-off

Bantuan Geran Pelancaran adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan dari pihak kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini. Kepada yang berkelayakan, anda akan menerima bayaran bantuan khas ini sebanyak RM2,700 secara one-off dari pihak JKM.

Bantuan ini telah disediakan pada tahun ini bagi membantu kumpulan sasar JKM terutama untuk golongan miskin dan b40 yang memerlukan.

INSENTIF GERAN PELANCARAN

Program bantuan khas ini diperkenalkan bagi membantu memperkasakan dari segi ekonomi golongan kumpulan sasar iaitu miskin tegar dan B40. Bagi yang mempunyai minat kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan keluarga atau individu dari kumpulan sasar JKM boleh mendapatkan insentif khas ini.

Tambahan program bantuan ini bagi mewujudkan pengintergrasian dan pembangunan bagi membantu klien mencapai matlamat kearah berdikari. Bantuan geran pelancaran ini hanya dibuka kepada warganegara Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN 

Dibawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin melebihi tahun di Malaysia
  • Individu atau golongan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin per kapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Merupakan kumpulan sasar JKM

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk makluman, bantuan geran pelancaran RM 2,700 ini terbuka kepada golongan kumpulan sasar JKM. Permohonan boleh dibuat sekiranya anda merupakan penerima bantuan sedia ada bulanan dari JKM untuk tahun 2022.

Bagi yang belum menerima bantuan JKM, anda perlu membuat permohonan bantuan sedia ada terlebih dahulu sebelum mendapatkan bantuan geran pelancaran.

Permohonan bantuan JKM boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat atau jajahan atau bahagian berhanpiran kediaman anda seluruh negara. Untuk semakan lebih terperinci berkenaan bantuan JKM ini, sila layari Portal Rasmi JKM – SEMAK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan JKM ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda mohon dan dapatkan telah disedia di laman utama – KLIK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button