KWSPPengeluaran sebahagian

KWSP : Pengeluaran Sebahagian Melalui Akaun 1 & 2 Dibenarkan

KWSP : Pengeluaran Sebahagian wang simpanan melalui akaun 1 & akaun 2 dibenarkan pada tahun 2024 selagi ahli menepati kriteria kelayakan. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu kemudahan yang disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah skim kemudahan yang dikenali sebagai ePengeluaran KWSP melalui i-akaun. Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada secara online.

Kepada ahli yang berkelayakan, mereka boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara penuh atau sebahagian melalui akaun 1 dan akaun 2 KWSP. Di ruangan halaman kali ini dikongsikan berkenaan jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dilakukan.

JENIS PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Berikut adalah jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dilakukan selagi mematuhi kelayakan untuk tujuan peribadi seperti dibawah :

  • Perumahan (Bina rumah, Beli rumah, Ansuran bulanan pinjaman perumahan dan menyelesaikan baki pinjaman rumah)
  • Rawatan kesihatan (Di mana-mana institusi perubatan dalam negara)
  • Pendidikan (Ahli yang mengikuti pengajian di (IPT)
  • Umur 50 tahun (Pencarum yang berumur 50 hingga 55 tahun dan mempunyai baki simpanan akaun 2)
  • Simpanan telah melebihi 1 juta.

KELAYAKAN PENGELUARAN SEBAHAGIAN 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan untuk melakukan pengeluaran sebahagian ini seperti berikut :

  • Ahli/ pencarum KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP.

PANDUAN DAFTAR EPENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan, pendaftaran dan permohonan boleh dilakukan secara online pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi – KWSP

Nota : Untuk kemudahan khas ini ePengeluaran KWSP sangat membantu dan memberi manfaat kepada ahli. Kerana seperti untuk tujuan perumahan, ianya merupakan aset penting bagi membuat persiapan pada waktu persaraan nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button