BANTUANFASA 3STR

STR Fasa Ke3 : Semak Kategori & Jumlah Bayaran

STR fasa ke3 akan dikreditkan tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada. Untuk sedia maklum, kadar bayaran fasa berikutnya ini adalah lebih tinggi berbanding fasa pertama dan kedua.

PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA KE3

Untuk makluman, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR adalah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini. Pembayaran akan diberikan kepada 4 fasa secara berperingkat pada tahun 2023.

Untuk pengetahuan umum, pembayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023. Kini hanya tinggal berbaki fasa 3 dan fasa 4 sahaja untuk diberikan.

Pada bayaran STR fasa3, kategori penerima yang akan terlibat adalah bujang, isi rumah dan warga emas. Apa yang menarik jumlah yang akan diterima adalah lebih tinggi berbanding fasa sebelum ini.

KADAR JUMLAH BAYARAN STR FASA KE3 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh rakyat mengikut kategori kelayakan bagi STR fasa3 seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN DIBAWAH RM2,500) B40

  • Tiada anak : RM300
  • Mempunyai anak 1-2 orang : RM400
  • Mempunyai anak 3-4 orang : RM600
  • Mempunyai anak 5 dan lebih : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM5,000 KEBAWAH) M40

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai 1-2 orang anak : RM150
  • Mempunyai 3-4 orang anak : RM200
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM250

Nota : Kepada penerima sedia ada kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data e-kasih, pihak kerajaan menawarkan bantuan tambahan. Dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

JADUAL PEMBAYARAN STR FASA3

Bagi makluman umum, pembayaran fasa ketiga STR akan mula dikreditkan pada bulan Julai 2023 secara berperingkat sama seperti fasa sebelum ini. Untuk semakan status pembayaran STR, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button