Kategori Yang Layak Terima Bayaran Tambahan BKM RM 500
Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan salah satu bantuan berbentuk kewangan yang sudah diperkenalkan dan diberikan oleh Kerajaan yang lebih mensasarkan kepada keluarga Malaysia golongan B40 yang memerlukan bagi membantu meringankan perbelanjaan pada tahun 2022.
Menerusi Bantuan BKM , kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima yang layak. Di halaman bawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan bantuan tambahan BKM 500.
Bantuan Tambahan BKM RM 500
Kepada yang terlepas pandang, terdapat bayaran tambahan BKM sebanyak RM 500. Sekiranya anda penerima BKM, anda boleh semak status untuk ketahui jika anda layak menerima bayaran tambahan bkm ini.
Syarat Kelayakan
- Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus warga emas
- Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan menepati syarat yang ditetapkan
Cara Semakan Status Kelayakan BKM Tambahan
- Anda perlu layari portal rasmi BKM – DI SINI
- Sila log masuk akaun anda
- Kemudian tekan pada semakan status untuk semak status permohonan anda
- Status permohonan dan jumlah bayaran yang diterima diluluskan akan dipaparkan di skrin
- Jumlah bayaran tambahan BKM RM 500 akan tertera sekiranya layak
- Jika tiada paparan bkm tambahan di skrin , ia bermaksud anda tidak layak menerima bantuan tambahan
Kadar Bantuan Tambahan
- Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia maksimum sebanyak RM 2,500
- Jumlah bayaran tambahan BKM rm 500
Bermaksud kepada penerima yang layak bantuan tambahan akan menerima julah keseluruhan sebanyak RM 2,500. Ramai yang tidak pasti mereka adalah penerima bantuan tambahan ini. Anda disyorkan membuat semakan status anda.
Tarikh Bayaran BKM
Pengagihan pembayaran BKM telahpun dilaksanakan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat. Untuk makluman, pembayaran BKM akan dilaksanakan secara 4 Fasa dalam tahun ini.
Maklumat Lanjut
Selain dari bantuan keluarga Malaysia (BKM) ini, terdapat lebih banyak lagi bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI