BANTUANe-DompeteTunai

Bantuan EDompet 2023 : Kategori Layak Tebus Kredit E-tunai Percuma RM200

Bantuan Edompet 2023 adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk program bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan untuk rakyat. Pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kredit percuma yang bernilai RM200 seorang.

BANTUAN EDOMPET 2023

Pemberian insentif istimewa ini akan dilaksanakan pada bulan ini selewat-lewatnya sebelum hujung bulan atau raya haji. Lebih menggembirakan pemberian bantuan edompet tahun ini telah dinaikkan pada kadar RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

Inisiatif ini adalah salah satu bentuk penghargaan kerajaan kepada rakyat dan atas dasar keprihatinan. Bagi makluman, bantuan edompet ini telah dijenamakan semula kepada Kredit E-tunai Belia Rahmah yang akan melibatkan kira-kira 2 juta yang akan menerima manfaat dari program ini.

KATEGORI LAYAK TEBUS E-TUNAI RM200

Pemberian bantuan edompet 2023 ini boleh ditebus secara percuma oleh rakyat yang terdiri daripada kategori berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 20 tahun
  3. Mahasiswa yang berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan dalam Negara

Nota : Sama seperti tahun lalu, bantuan khas ini boleh ditebus oleh golongan belia melalui aplikasi seperti Bigpay, Grabpay, Shopeepay dan Touch N go ewallet. Setiap individu hanya dibenarkankan menebus sekali sahaja mengikut aplikasi pilihan.

CARA TEBUS BANTUAN

Kepada golongan belia mahasiswa yang layak, anda boleh menebus bantuan edompet ini pada penghujung bulan ini. Sila layari web rasmi E-TUNAI BELIA RAHMAH – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan untuk belia ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang akan diberikan pada bulan ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button