BANTUANGeran PelancaranInisiatif

Inisiatif Geran Pelancaran 2700 : Syarat Kelayakan Bantuan

Inisiatif Geran Pelancaran (GP) merupakan sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Program ini dirancang untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam kalangan masyarakat B40.

PROGRAM INISIATIF GERAN PELANCARAN

Tahukah kalian, terdapat sebuah program insentif bantuan one-off (sekali bayaran) yang ditawarkan pada tahun ini. Melalui inisiatif, pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM2,700 secara one-off untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan penting dalam mengendalikan program ini. Mereka bertanggungjawab untuk menilai permohonan dan memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang berhak.

Keberkesanan program ini sangat bergantung kepada keupayaan JKM dalam memberi sokongan yang diperlukan kepada penerima agar mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk membantu golongan B40 memulakan perniagaan kecil-kecilan yang berpontensi meningkatkan pendapatan mereka. Dengan sokongan kewangan yang disediakan, golongan ini diharapkan dapat mencipta peluang pekerjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.

Selain itu, program ini juga berperanan dalam meningkatkan keusahawanan dan semangat inovasi dalam kalangan masyarakat. Pendaftaran permohonan boleh dikemukakan selagi calon menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

BUTIRAN MAKLUMAT GERAN PELANCARAN

Bagi pengetahuan umum, berikut disediakan butiran penting berkenaan program khas bantuan GP ini :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Jumlah bayaran maksimum : RM2,700 (sekali sahaja)
  • Khusus untuk golongan sasar JKM
  • Bantuan ini bagi membantu golongan yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi meningkatkan pendapatan.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN DAFTAR BANTUAN

Syarat kelayakan utama untuk memohon bantuan ini adalah warganegara Malaysia dan pendapatan bulanan dibawah (PGK). Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat segera sebelum kuota bantuan ditutup.

Untuk semakan penuh dan panduan daftar, sila layari laman rasmi [JKM] dan untuk lebih info anda boleh rujuk di – eBantuan JKM

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi program dan bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang disediakan dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui lebih lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button