EPengeluaran KWSP 2023 : Panduan Permohonan
Epengeluaran KWSP 2023 adalah merupakan sebuah kemudahan yang dibenarkan kepada ahli yang ini membuat pengeluaran pada bila-bila masa. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli pada tahun ini.
EPENGELUARAN KWSP 2023
Untuk pengetahuan umum, pihak KWSP telah menyediakan program epengeluaran KWSP yang boleh dilakukan secara atas talian melalui laman rasmi KWSP. Ahli / pencarum yang ingin menepati syarat kelayakan boleh memohon pengeluaran secara sebahagian dan penuh pada bila-bila masa dan dimana jua.
Ramai yang masih tidak berapa pasti dan tidak tahu bahawa mereka dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP secara bersyarat dari akaun 2 untuk tujuan peribadi tersedia. Antara jenis pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti membeli rumah atau ubah suai rumah dan lain-lain lagi.
JENIS KEMUDAHAN EPENGELUARAN KWSP
Kepada yang belum tahu, kini dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk urusan peribadi seperti berikut :
- Pengeluaran untuk membina atau membeli rumah sendiri
- Pengeluaran bagi menyelesaikan baki pinjaman rumah (hutang)
- Menyelesaikan baki pinjaman PTPTN
- Pengeluaran untuk rawatan perubatan
- Pengeluaran pendidikan semasa
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN
Berberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP yang perlu dipatuhi seperti berikut :
- Terbuka kepada ahli KWSP
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Permohonan jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi amaun maksimum
- Mematuhi syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Kepada yang lulus, bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik KWSP
PANDUAN PERMOHONAN
Kepada ahli yang berminat, permohonan epengeluaran KWSP boleh dilakukan secara atas talian (online). Ahli perlu mendaftar i-akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan epengeluaran KWSP.
Panduan lengkap pendaftaran permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.