BANTUANeCOSSMinyak MasakSubsidi
Trending

eCOSS : Dapatkan Subsidi Minyak Masak Peket

eCOSS : Dapatkan subsidi minyak masak melalui aplikasi yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Untuk makluman umum, sebuah portal telah diperkenalkan dengan nama eCOSS ini boleh dilayari oleh semua orang.

DAPATKAN SUBSIDI MINYAK MASAK MELALUI ECOSS

Electronic Cooking Oil Subsidy System (eCOSS) adalah sebuah kemudahan sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan MADANI. Tujuan eCOSS adalah mengawal pengedaran minyak masak bersubsidi di seluruh negara.

Dengan adanya sistem eCOSS ini dapat memastikan bantuan subsidi ini benar-benar diterima oleh rakyat dari mengelakkan sebarang ketirisan bekalan. Pengurusan subsidi minyak masak peket 1 kilogram (KG) ini dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kepada pengguna yang ingin beli minyak masak paket 1 kg bersubsidi perlu mengimbas QR kod eCOSS dan pengesahan identiti melalui aplikasi mudah alih (e-KYC). Mykad diperlukan sebagai tanda individu adalah warganegara Malaysia dan layak dapatkan subsidi.

Setiap transaksi jualan akan direkodkan secara digital dari pihak kilang, pemborong, pembungkus dan peruncit berlesen. Sistem ini diwujudkan adalah bagi membendung ketirisan dan peyeludupan / penyelewengan subsidi minyak masak yang sering berlaku di pasaran waktu ini.

DAFTAR ECOSS & DAPATKAN SUBSIDI MINYAK

ecoss

Untuk makluman umum, warganegara Malaysia sahaja layak untuk mendaftar eCOSS ini. Panduan lengkap cara daftar melalui online disediakan dibawah :

Kategori Pemborong & peniaga

  1. Sila layari laman web rasmi eCOSS di https://ecoss.kpdn.gov.my/
  2. Kemudian pada halaman utama, sila daftar akaun syarikat sebagai pengilang, pembungkus atau pemborong
  3. Perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan dan sediakan dokumen sokongan lesen dan berkaitan
  4. Setelah berjaya diluluskan, guna aplikasi (eCOSS) untuk merekodkan setiap transaksi jualan minyak masak bersubsidi.

Kategori Pengguna

  1. Kepada orang awam (pengguna) anda boleh daftar secara terus melalui aplikasi ”eCOSS” boleh dimuat turun di apps store telefon
  2. Tekan pada bahagian daftar baharu jika tiada akaun
  3. Isi maklumat yang diperlukan untuk daftar pengguna
  4. Lengkapkan proses pengesahan mykad secara e-KYC dalam aplikasi pada ruangan disediakan
  5. Selesai.

Kemudahan eCOSS ini sangat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.

KESIMPULAN

Selain eCOSS ini terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan SEMAK DISINI sebagai panduan umum!

Related Articles

Back to top button