Akaun 2ePengeluaranKWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

E-Pengeluaran KWSP Tahun 2023 : Permohonan Secara Online

Untuk makluman, E-Pengeluaran KWSP Tahun 2023 boleh dilakukan secara online pada bila-bila masa dan dimana jua berada. Ini adalah salah sebuah inisiatif kemudahan bagi membantu ahli membuat pengeluaran wang mereka sebelum bersara.

E-PENGELUARAN KWSP TAHUN 2023

Seperti sedia maklum pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan e-pengeluaran kepada ahli. Kemudahan istimewa ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu pengeluaran sebahagian dan pengeluaran sepenuhnya.

Tahukah anda, pihak KWSP memperkenalkan kemudahan ini adalah membantu para ahli KWSP untuk membuat pengeluaran peribadi bersyarat yang telah ditetapkan. Sekiranya berkelayakan pengeluaran boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN (PRA-PERSARAAN)

Berikut adalah jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan pada tahun 2023 seperti :

  • Perumahan (Bina rumah, Beli rumah, Ansuran bulanan pijaman rumah dan Menyelesaikan baki pinjaman perumahan)
  • Simpanan melebihi 1 juta (Ahli yang mempunyai baki simpanan melebihi RM1 juta)
  • Kesihatan (Pencarum menerima rawatan di institusi perubatan dalam negara Malaysia)
  • Pendidikan (Ahli mengikuti institusi pengajian tinggi dalam negara
  • Umur 50 tahun

PENGELUARAN PENUH (PERSARAAN)

  • Umur 55 tahun – Ahli berumur 55 tahun sehingga belum mencapai umur 60 tahun dan mempunyai baki simpanan dalam akaun 55 KWSP
  • Umur 60 tahun – Mereka yang mencapai umur 60 tahun dan mempunyai baki simpanan dalam akaun emas/ akaun 55 KWSP
  • Dividen tahunan – Ahli KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun dan membuat pilihan mengeluarkan dividen tahunan atas simpanan tahun sebelum ini

KELAYAKAN E-PENGELUARAN KWSP TAHUN 2023

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa/ simpanan ahli KWSP

CARA DAFTAR PENGELUARAN

Bagi pengetahuan umum, sepajang tahun ini ahli boleh kemukakan pengeluaran secara online. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button