ePengeluaranKWSP

E Pengeluaran KWSP ~ Panduan Permohonan

E Pengeluaran KWSP adalah merupakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu ahli yang ingin membuat pengeluaran wang simpan mereka. Pengeluaran boleh dilakukan selagi mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Para pencarum dibenarkan membuat pengeluaran wang KWSP melalui simpanan akaun 2 untuk tujuan peribadi tersedia seperti membina / membeli rumah, rawatan perubatan, pendidikan dan sebagainya.

Di halaman ini dikongsikan maklumat berkenaan panduan permohonan e-pengeluaran KWSP secara online pada tahun ini.

KEMUDAHAN E-PENGELUARAN KWSP

Untuk makluman umum, buat masa ini ahli boleh membuat pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti dibawah :

  • Membeli atau membina rumah di atas tanah sendiri
  • Pengeluaran wang untuk tujuan pendidikan anak
  • Pengeluaran wang untuk kos rawatan perubatan
  • Pengeluaran wang untuk menyelesaikan baki pinjaman PTPTN
  • Pengeluaran untuk melansaikan baki pinjaman rumah

SYARAT KELAYAKAN E-PENGELUARAN KWSP

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan e-pengeluaran KWSP seperti berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Individu yang ingin membuat pengeluaran hanya dibenarkan tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimum
  • Pembayaran diberikan secara pengkreditan ke akaun bank simpanan pemohon
  • Syarat kelayakan adalah bergantung pada jenis pengeluaran yang ingin dibuat

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2, langkah pertama sila daftar masuk i-akaun terlebih dahulu jika belum daftar. Setelah mendaftar i-akaun, anda boleh membuat permohonan melalui e-pengeluaran KWSP.

LANGKAH PENGELURAN

  1. Langkah pertama, sila log masuk i-akaun KWSP – DI SINI . Jika belum ada akaun, anda boleh daftar terus
  2. Selepas log masuk, sila tekan pada bahagian ruangan menu ‘Pengeluaran’
  3. Kemudian tekan pada bahagian ‘Permohonan Baru’
  4. Sila pilih jenis pengeluaran, anda boleh pilih tujuan pengeluaran peribadi anda
  5. Pada ruangan institusi anda boleh memilih bank tempat anda ingin membeli rumah sekiranya tujuan pengeluaran membeli rumah
  6. Anda perlu semak dan ikuti langkah yang telah ditetapkan sehingga selesai membuat permohonan pengeluaran
  7. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda akan menerima pesanan SMS dengan kenyataan bahawa anda perlu ke cawangan KWSP bagi membuat pengesahan cap jari di mesin yang disediakan
  8. Keputusan permohonan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari bekerja dari tarikh permohonan.

INFO LANJUT

Selain daripada pengeluaran KWSP ini, terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif yang telah disediakan pada tahun ini bagi mereka yang memerlukan. Sila semak senarai kemudahan dan bantuan yang berkelayakan untuk anda mohon di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan semua.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button