Daftar Akaun KWSP Anak & Terima Insentif Setiap Tahun Sebanyak RM 250
Untuk makluman semua pada tahun ini, ramai yang terlepas pandang yang mana sebenarnya individu yang berumur 14 tahun dan keatas sudah boleh mendaftar akaun Kumpula Wang Simpanan Pesaraan atau lebih dikenali sebagai KWSP.
Penjaga tidak perlu khuatir, pendaftaran akaun KWSP ini tidak perlu tunggu pemohon mula bekerja baru boleh menyimpan wang. Bagi para penjaga dan ibubapa yang ingin membuat persediaan jangka panjang anak dan memudahkan urusan anak nanti, kalian boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak dan buat sedikit simpanan untuk mereka dalam akaun untuk tujuan jangka masa akan datang.
Kepada individu yang dibenarkan bagi membuat pendaftaran akaun KWSP adalah di dalam simpanan syariah dan ia bagi tujuan untuk simpanan dalam tempoh jangka masa panjang. Tambahan sekiranya anda membuka akaun KWSP anak sekarang, akan mendapatkan insentif kewangan tambahan sehingga RM 250 setiap tahun.
Di bawah telah disediakan butiran berkenaan panduan cara daftar akaun KWSP dan manfaat yang boleh didapatkan seperti berikut.
Keuntungan Membuka Akaun KWSP untuk Anak
- Akan terima insentif tambahan dari pihak Kerajaan maksimum RM 250 setahun
- Perancangan simpanan jangka panjang anak
- Automatik dapat dividen patuh syariah setiap tahun
- sebagai ahli KWSP akan layak tuntutan khairat kematian RM 2500
- Dapat mula menyimpan pada usia muda
Cara Mendaftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun dan ke Atas
Kepada ibubapa dan para penjaga boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak 14 tahun dan keatas melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter.
Di bawah telah disediakan panduan cara untuk membuka akaun KWSP anak seperti berikut :
- Untuk pendaftaran sebagai ahli KWSP (IC anak dan cap jari diperlukan) di mana-mana kiosk KWSP
- Seterusnya, beritahu kepada pegawai KWSP tersebut untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah terus
- Kebiasaannya pegawai KWSP akan tolong buatkan secara terus di kiosk
- Setelah selesai i-akaun siap, pegawai akan membantu daftarkan ke akaun simpanan syariah
- Setelah siap, sila beritahu pegawai tersebut untuk daftar caruman i-saraan – Caruman secara sukarela.
Kepada para ibubapa disarankan untuk membuka akaun KWSP anak bagi tujuan simpanan masa hadapan lebih terancang dan terjamin. Turut boleh dapat insentif tambahan RM 250 setahun.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin mebuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya berbentuk bantuan kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI