PPRRUMAH

Permohonan Rumah PPR Untuk Disewa

Permohonan rumah PPR untuk disewa serendah RM160 sehingga RM250 kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan memerlukan kediaman yang selesa. Untuk makluman, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif dan kemudahan untuk golongan rakyat yang memerlukan serta kurang berkemampuan.

PERMOHONAN RUMAH PPR UNTUK DISEWA

Salah satu kemudahan inisiatif yang telah diperkenalkan adalah program skim projek perumahan rakyat (PPR) untuk disewa. Untuk golongan yang memerlukan boleh menyewa pada kadar serendah RM160 sebulan jika memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Projek rumah PPR pada dasarnya sebuah program kemudahan kerajaan untuk penempatan semula setinggan dengan cara memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendatan rendah.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN 

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan rumah PPR untuk disewa seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Individu berumur 18 tahun keatas layak memohon
  • Pemohon serta pasangan belum pernah memiliki rumah sendiri
  • Pemdapatan isi rumah bulanan dibawah RM3,000
  • Memenuhi syarat kelayakan tambahan yang telah ditetapkan mengikut kerajaan negeri.

CIRI-CIRI RUMAH PPR 

Terdapat beberapa ciri-ciri rumah PPR yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan seperti berikut :

  • Binaan rumah : Mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang dapur, 1 ruang tamu dan 2 bilik air
  • Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
  • Kawasan dalam bandar : Jenis rumah bertingkat (5 hingga 18 tingkat) bergantung projek PPR
  • Kemudahan asas sekeliling : Ruang solat / surau
  • Dewan komuniti untuk orang ramai
  • Ruang niaga (kedai makan)
  • Tadika
  • Kemudahan asas OKU
  • Kawasan lapang (taman permainan)
  • Rumah sampah.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada yang menepati syarat kelayakan dan berminat untuk daftar permohonan, sila layari portal rasmi TEDUH KPKT – DI SINI

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui sistem pengurusan perumahan negara tahun ini. Untuk makluman tambahan, terdapat 3 projek baru PPR untuk disewa yang masih dibuka untuk permohonan seperti berikut :

  • Rumah PPR Batu Arang Labuan : Sewaan RM250 sebulan
  • Rumah PPR Bubul Ria Semporna : Sewaan RM160 sebulan
  • Rumah PPR Kg Gayang 2 tuaran : Sewaan RM220 sebulan

Untuk semak projek PPR untuk kawasan mengikut negeri, sila pergi ke laman rasmi TEDUH KPKT yang telah disedikan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan kemudahan untuk seluruh rakyat Malaysia terutama bagi golongan yang benar-benar memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button