BANTUANBaucarKreditShopee

Baucar Kredit Shopee RM400 : Cara Claim & Syarat Kelayakan

Baucar Kredit Shopee RM400 adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia sepanjang tahun ini. Untuk makluman, pengguna yang berkelayakan boleh mendapatkan baucar percuma ini secara one-off.

BAUCAR KREDIT SHOPEE RM400

Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Shopee meyediakan baucar rebat sehingga RM400 untuk pembelian barangan shopee. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi meningkatkan serta menggalakan rakyat untuk menggunakan produk cekap air.

Melalui Kempen Jimat Air edisi 4.0, pengguna yang berkelayakan boleh mendapatkan baucar percuma ini untuk pembeliaan produk jimat air bagi rumah masing-masing. Untuk pengetahuan umum, program istimewa ini dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee.

Program ini bukan kali pertama, ianya adalah kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0. Setiap individu boleh menyertai program khas ini dengan hanya mengesahkan akaun Shopeepay dan boleh claim baucar.

KADAR BAUCAR KREDIT SHOPEE

Terdapat 3 jenis pecahan kadar baucar yang diberikan kepada pengguna shopee yang berkelayakan seperti berikut :

  1. Baucar bernilai RM150 untuk mendapatkan kelengkapan mandi dan tandas
  2. Baucar bernilai RM200 untuk membeli barangan (Mesin basuh)
  3. Baucar diskaun 50 peratus untuk mendapatkan barangan paip (Sehingga 50%)

SYARAT KELAYAKAN 

Kempen Jimat Air ini hanya boleh disertai oleh warganegara Malaysia sahaja. Mereka yang sedang mencari barangan jenis cekap air seperti mesin basuh dan sebagainya boleh claim baucar yang ditawarkan secara percuma.

CARA CLAIM BAUCAR KREDIT SHOPEE RM400

Kepada yang berminat dan layak, anda boleh menyertai program ini dan tebus baucar percuma secara online. Panduan cara claim baucar Shopee ini telah disediakan, sila layari laman rasmi Kempen Jimat Air – DI SINI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan kempen ini. Sila hubungi talian khas pihak SPAN di – 03 8317 8333. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rebat baucar yang ditawarkan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button