KWSPPengeluaran Khas 2.0

Maklumat Terkini Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

Maklumat terkini pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar, banyak pihak sedang mendesak pihak kerajaan bagi perlaksanaan pengeluaran khas ini dapat diluluskan. Perkara ini masih menjadi isu hangat dari pelbagai pihak. Terutama bagi para pencarum yang inginkan pengeluaran khas ini dapat dilaksanakan pada tahun ini.

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Untuk maklumat terkini pengeluaran KWSP secara bersasar, pihak Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) telah mengeluarankan kenyataan. Pihaknya mengatakan bahawa paencarum KWSP yang berhasrat untuk membuat pengeluaran duit simpanan. Sekali lagi secara bersasar perlu dilihat oleh pihak kerajaan.

Hal ini kerana, menurut kajian pihak PGIRM mendapati bahawa sebanyak 79 peratus daripada 136,140 pencarum KWSP memiliki baki simpanan akaun 1 melebihi RM10,000. Manakala pencarum yang memiliki baki simpanan akaun 1 kurang daripada RM10,000 tidak sampai 22 peratus.

Tambahan dari kajian pihak PGIRM, ternyata bahawa ahli / pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar ini mejoriti mempunyai baki mencukupi untuk membuat pengeluaran. Perkara ini telah diumumkan oleh Presiden PGIRM iaitu Azmi Mohd Tahir baru-baru ini.

PILIHAN SELAIN PENGELUARAN KWSP

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi maklum balas berkenaan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar ini. Beliau menyatakan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan masa depan serta nasib ahli / pencarum KWSP sebelum membenarkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP sekali lagi.

Menurut beliau adalah lebih baik jika kerajaan mencari kaedah lain yang lebih berkesan untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup.

Buat masa ini, kemungkinan pengeluaran KWSP ini tidak dapat dibenarkan dalam masa terdekat. Namun penganalisis ekonomi dari UniKL business school iaitu Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rasid telah mencadangkan pilihan alternatif selain pengeluaran KWSP seperti berikut :

  • Pihak kerajaan boleh menubuhkan wakil jabatan khas dibawah agensi sedia ada bagi memperbaiki taraf kehidupan terutama untuk gologan sasar
  • Wang simpanan akaun KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk melangsaikan hutang tertunggak pencarum
  • Menubuhkan 1 tabungan khas menerusi dana yang diterima daripada penderma dan wakaf yang dikecualiakan cukai
  • Bukan sekadar menyalurkan inisiatif berbentuk bantuan tunai bulanan, tetapi membantu secara langsung dari aspek seperti pekerjaan yang sesuai atau perniagaan.

Pada waktu ini bagi para pencarum, anda boleh membuat E-pengeluaran yang telah disediakan oleh pihak KWSP. Sila layari pautan rasmi KWSP – DI SINI untuk semakan. Segala maklumat terkini berkenaan pengeluaran KWSP 2.0 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO LANJUT

Untuk makluman, terdapat pelbagai kemudahan, program dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button