BANTUANBKK

Bantuan Khas Kewangan (BKK) : Disalurkan Pada 28 Disember Ini

Bantuan Khas Kewangan (BKK) adalah merupakan sebuah insentif tambahan minimum RM1,000 yang diberikan/ disalurkan secara berperingkat. Untuk makluman, pembayaran bantuan khas fasa 1 telahpun selesai dibayar pada bulan Mei lalu.

BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan sumbangan tunai sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam. Inisiatif ini merupakan sebahagian bantuan yang diberikan bagi menghargai mereka yang terlibat.

Bermula 28 Disember 2023, pengkreditan secara berperingkat akan mula dilakukan pada kadar sebulan gaji atau minimum RM1,000. Anggaran peruntukan BKK ini adalah sekitar RM40,3 juta yang akan dibayar pada penghujung bulan ini.

Pemberian insentif tambahan istimewa ini akan disalurkan termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan. Bagi pembayaran fasa ketiga pula akan dibayar pada bulan Februari 2024 untuk membantu meringankan beban sempena persiapan persekolahan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Pembayaran akan dilakukan secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima yang terdiri daripada kakitangan awam yang berkhidmat dibawah pentadbiran negeri Selangor. Bantuan akan mula disalurkan pada 28 Disember ini.

Ini adalah insentif untuk kakitangan yang berkerja di sektor pentadbiran negeri Selangor. Namun negeri-negeri lain juga ada menyediakan insentif khas ini kepada mereka yang berada di negeri tersebut.

PROGRAM EBANTUAN JKM

Ramai yang tidak tahu dan terlepas pandang, sebenarnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan pelbagai jenis inisiatif menerusi skim bantuan kebajikan. Kadar bantuan yang ditawarkan adalah dari RM200 hingga RM1,000 sebulan.

Bantuan-bantuan yang disediakan adalah mengikut kategori kelayakan dan diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak. Jika anda kurang berkemampuan dalam kewangan dan memerlukan, sila lihat senarai bantuan yang ada dalam skim eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button