Akaun 2KWSPPengeluaran KWSP

Senarai Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan : Melalui Akaun 2

Senarai Pengeluaran KWSP yang dibenarkan kepada para ahli/ pencarum berkelayakan melalui simpanan dalam akaun 2. Untuk makluman umum, inisiatif kemudahan pengeluaran ini telah disediakan oleh pihak KWSP bagi memberi manfaat kepada rakyat.

SENARAI PENGELUARAN WANG KWSP YANG DIBENARKAN

Tahukah kalian terdapat pelbagai jenis pengeluaran yang boleh dilakukan untuk tujuan peribadi tertentu selagi mematuhi terma dan syarat ditetapkan. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membenarkan pencarum umum membuat pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya.

Mereka yang berkelayakan dan memerlukan boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 secara penuh atau sebahagian. Pengeluaran tertakluk kepada jenis kategori yang disediakan, dibawah dikongsikan senarai jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan melalui akaun 2.

PENGELUARAN KWSP – 50 TAHUN

Setiap ahli (pencarum) KWSP yang telah mencapai angka umur 50 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran sebahagian atau kesemua simpanan dalam akaun 2. Kemudahan ini adalah sebagai persediaan untuk waktu persaraan masing-masing.

MEMBINA & MEMBELI RUMAH

Jika anda ingin membina rumah sendiri, skim pengeluaran boleh dilakukan dari simpanan akaun 2 KWSP. Syarat kelayakan utama adalah pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya baki simpanan dalam akaun 2 serendah RM500.

Bagi yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan membeli rumah pula, jenis rumah yang boleh dibeli seperti rumah teres, banglo, berkembar, apartmen, townhouse atau rumah kedai. Kepada ahli yang ingin keluarkan wang simpanan untuk tujuan perumahan amat digalakkan kerana ianya aset yang boleh dibawa ke persaraan nanti.

PENGELUARAN KWSP – RAWATAN KESIHATAN

KWSP telah menyediakan sebuah kemudahan pengeluaran untuk tujuan rawatan kesihatan. Setiap ahli dibenarkan mengeluarankan wang simpanan akaun 2 bagi membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan.

SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN MOHON PENGELUARAN

Bagi pengetahuan umum, terdapat lagi jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh pihak KWSP pada tahun ini kepada ahli. Panduan permohonan dan semakan kelayakan telah disediakan, sila layari portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button