BANTUANBWEPemberianWarga Emas

Pemberian Bantuan RM500 Sebulan : Melalui Program BWE 2024

Pemberian Bantuan RM500 Sebulan kini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan melalui program BWE 2024. Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini merupakan sebahagian insentif yang disediakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk.

PEMBERIAN BANTUAN RM500 SEBULAN

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah inisiatif program yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Program BWE ini adalah bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024.

Permohonan kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berada dalam kategori warga emas (yang memenuhi kriteria kelayakan) bagi sesi tahun ini. Perlaksanaan program bantuan khas ini masih diteruskan bertujuan membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kepada setiap pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bernilai RM500 sebulan. Pemberian secara kredit ke dalam akaun akan disalurkan secara automatik setiap bulan pada kadar yang ditetapkan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500 SEBULAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi permohonan bantuan khas BWE RM500 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia
  • Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • Golongan warga emas / orang tua
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : Pendapatan garis kemiskinan (PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Nota : Semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 – jadual ke-9 senarai perundangan.

LANGKAH KEMUKAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM500

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – BWE (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Selain BWE, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button