BANTUANBKMFasa 4Tarikh Pembayaran

Jadual BKM Fasa 4 Mengikut Senarai Bank : Semak Sekarang

Jadual BKM Fasa 4 adalah pembayaran buat kali terakhir kepada semua penerima bantuan ini. Jadual asal pembayaran adalah pada bulan Disember, namun telah diawalkan pada bulan ini (November).

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi BKM Fasa 4 akan mula disalurkan pada pertengahan bulan November 2022. Hal ini kerana bagi persediaan musim hujan yang sedang melanda negara.

BKM FASA 4

Untuk yang terlepas pandang, bayaran Fasa empat ini semua kategori akan terlibat kecuali kategori bujang yang mana hanya menerima bayaran pada fasa 1 dan 3 sahaja. Untuk kadar bayaran, jumlah adalah seperti asal iaitu sehingga RM 900 bergantung kelayakan permohonan penerima.

Tiada kadar tambahan yang akan diberikan seperti yang berlaku semasa bayaran BKM Fasa 2 yang lalu. Dimana kerajaan telah memberi bayaran tambahan RM 50 kepada bujang dan RM 100 kepada isi rumah.

JADUAL BAYARAN BKM FASA 4 MENGIKUT SENARAI BANK

Untuk makluman, bayaran BKM akan disalurkan mengikut senarai bank secara berperingkat seperti berikut:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bermula 14 November 2022 secara berperingkat
  • Bank Maybank : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • Bank Islam : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • CIMB Bank : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • Public Bank Berhad : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • RHB Bank : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • AmBank : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • Bank Rakyat : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat
  • Affin Bank : Bermula 15 November 2022 secara berperingkat

Dijangka pembayaran Jadual BKM fasa 4 (akhir) ini akan selesai sebelum hujung bulan november 2022. Diharapkan penerima sabar menunggu bayaran masuk secara kredit ke akaun bank masing-masing.

Bagi penerima BKM tanpa kad pula, anda boleh tebus bantuan di cawangan BSN berdekatan anda bermula 15 atau 16 November 2022.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BKM FASA 4

Untuk penerima yang masih belum terima bayaran, anda boleh semak status BKM anda secara online dengan melayari portal rasmi MyBKM – DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 jika anda terlepas pandang, pihak kerajaan telah memperkenalkan dan menyediakan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan.

Sekiranya anda ingin semak senarai inisiatif yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – TEKAN DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button