BANTUANBINGKASeWallet

Bingkas 2024 : Bantuan eWallet RM300 Untuk Golongan B40

Bingkas 2024 : Bantuan eWallet bernilai RM300 diberikan setiap bulan kini ditawarkan kepada golongan B40 pada tahun ini. Pelbagai jenis inisiatif telah disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat.

BINGKAS 2024 : BANTUAN EWALLET RM300

Pada sidang Belanjawan, kerajaan negeri telah bersetuju untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif khusunya bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada golongan memerlukan. Salah satu insentif tambahan yang diberikan secara bulanan iaitu Bingkas.

Bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas ini merupakan bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Atas keprihatinan kerajaan negeri dan masih relevan, bantuan ini masih dilaksanakan pada tahun ini.

Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini tidaklah diberikan secara tunai, ianya disalurkan secara ewallet kepada pemohon yang layak. Amaun bernilai RM300 sebulan tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.

KELAYAKAN BANTUAN EWALLET BINGKAS 2024

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi mendapatkan insentif khas RM300 sebulan ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 Kebawah
  • Berada dalam golongan B40
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut.

LANGKAH CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN EWALLET

Sekiranya anda berkelayakan, disarankan untuk kemukakan permohonan secara online bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN BAGI PENDAFTARAN AHLI

Untuk memudahkan urusan semakan pendaftaran dan permohonan, sila sediakan dokumen peribadi yang diperlukan seperti dibawah :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan/ atau pasangan)
  • Salinan sijil kematian/ laporan polis/ penceraian bagi kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan mykid, surat kelahiran atau kad pengenalan (Tanggungan/ anak)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khusus berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button