Bayaran Tambahan STR Untuk Golongan B40
Bayaran tambahan STR berjumlah RM600 untuk golongan B40 telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2023 baru-baru ini. Untuk makluman, beberapa inisiatif telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada tahun ini untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan.
BAYARAN TAMBAHAN STR
Salah satu insiatif yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan pembentangan BELANJAWAN 2023 adalah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 untuk golongan B40.
Menerusi program tersebut akan memberi manfaat kepada penerima seperti berikut :
- Sumbangan tunai rahmah (STR) bagi isi rumah (keluarga) yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan
- Bayaran tambahan STR bernilai RM600 untuk isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-kasih
- Pemberian sumbangan sehingga RM3,100 untuk keluarga yang memerlukan terdiri dari golongan miskin tegar
- Pemberian baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan berjumlah RM600.
Perkara diatas adalah merupakan insentif tambahan sumbangan tunai rahmah yang akan diberikan kepada golongan B40 yang layak pada tahun ini.
KATEGORI PENERIMA STR FASA 1
Bermula 17 Januari 2023, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 telah disalurkan. Kaedah pembayaran dijalankan secara kredit terus ke akaun dan tebus tunai di cawangan Bank simpanan nasional (BSN).
Kategori dan kadar bantuan yang menerima bayaran STR fasa 1 adalah seperti berikut :
- Bujang terima bayaran STR fasa 1 bernilai RM100
- Warga emas (bujang) terima bayaran STR fasa 1 bernilai RM100
- Isi rumah (keluarga) terima bayaran STR fasa 1 bernilai RM300.
Di atas adalah jumlah bayaran bantuan STR fasa 1 sahaja bukan keseluruhan, kadar bayaran dan kategori yang terlibat untuk fasa berikutnya akan diumumkan oleh kerajaan kelak.
SEMAKAN STATUS STR
Untuk makluman umum, bermula 17 Januari pihak kerajaan telah membuka portal rasmi MySTR untuk rakyat membuat semakan status kemaskini. Sila layari laman rasmi MYSTR untuk semakan status atau kemaskini maklumat sebelum pembayaran fasa ke 2 diumumkan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bayaran tambahan STR, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah diumumkan oleh kerajaan untuk golongan B40 pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.