BANTUANFASA 3STR

Bayaran STR Fasa-3 ~ Jadual & Kadar Pemberian Bantuan Tunai

Bayaran STR Fasa-3 akan dikreditkan tidak lama lagi kepada setiap penerima yang layak pada kadar yang telah ditetapkan Kementerian Kewangan. Program Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BAYARAN STR FASA-3

Mengikut jadual asal yang telah diumumkan, pembayaran bantuan tunai STR fasa-3 akan mula diagihkan pada bulan Ogos 2024. Berkemungkinan pengkreditan akan diawalkan atau tetap pada bulan Ogos, segala maklumat berkenaan tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pada bulan Januari dan April lalu, pemberian bantuan tunai fasa 1 dan fasa 2 telahpun dibayar kepada kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk makluman umum, lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat sumbangan STR bagi sesi tahun 2024.

Kadar jumlah keseluruhan pembayaran STR tahun ini adalah sehingga RM3,700 dan nilai termasuk insentif tambahan SARA. Jumlah bantuan ditentukan mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah.

KAEDAH & JADUAL BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa terdapat 2 kaedah pembayaran STR iaitu secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi mereka yang tiada kad bank. Manakala jadual bayaran rasmi STR tahun 2024 adalah seperti di bawah :

  • Pembayaran STR Fasa-1 : Januari 2024 (Bermula 29 haribulan)
  • Pembayaran STR Fasa-2 : April 2024 (Bermula 3 haribulan)
  • Pembayaran STR Fasa-3 : Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran STR Fasa-4 : November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

KADAR BAYARAN STR FASA-3

Berdasarkan tahun lalu, kadar bayaran fasa ketiga STR adalah sehingga RM800. Untuk tahun ini, kadar akan dimaklumkan oleh kerajaan sebelum tarikh diumumkan dan di bawah dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori.

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN (RM2,500)

Jumlah bayaran adalah dari RM1,000 sehingga RM2,500 setahun dan amaun ditentukan mengikut bilangan tanggungan anak setiap keluarga.

ISI RUMAH PENDAPATAN (RM5,000)

Jumlah bayaran adalah dari RM500 sehingga RM1,250 setahun dan amaun ditentukan mengikut bilangan tanggungan anak setiap keluarga.

KATEGORI BELIA & WARGA EMAS

Kepada mereka yang berstatus belia bujang berumur 21 tahun dan keatas, kadar jumlah adalah RM350 setahun. Manakala untuk kategori warga emas tiada pasangan pula adalah RM600 setahun.

Nota : Jumlah diatas akan disalurkan secara berperingkat mengikut fasa sepanjang tahun ini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status pembayaran mengikut fasa pada tahun ini. Untuk kemaskini maklumat, pendaftaran baharu dan semakan status bayaran, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button