BANTUANBKMFasa 4Tarikh Pembayaran

Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepatkan Bulan November

Tahun 2022, terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenal dan dilaksanakan bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan b40 dan miskin tegar.

Salah satu program bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang merupakan bantuan tunai terbesar tahun ini.

Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan BKM ini sudah hampir ke penghujung iaitu Fasa 4 yang sepatutnya dijadualkan akan disalurkan pada bulan Disember 2022. Namun baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran tersebut akan dipercepatkan pada bulan November 2022 dan ini adalah berita baik kepada penerima bantuan BKM.

Kepada yang terlepas pandang, bayaran BKM fasa terakhir ini akan diberikan secara berperingkat ke akaun masing-masing dan akan melibatkan semua kategori kecuali bujang. Kadar bayaran pula adalah sehingga RM 900 bergantung kepada kelayakan penerima BKM Fasa 4.

Cara Semakan Bayaran BKM Fasa 4 (Akhir)

Bagi penerima BKM yang terlepas pandang dan ingin membuat semakan fasa terakhir ini yang layak diterima, anda boleh membuat semakan secara online melalui portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Untuk makluman yang telah dikemaskini, pembayaran BKM Fasa 4 akan mula disalurkan secara berperingkat bermula pada tarikh 15 November 2022 (Selasa) ke akaun penerima dan bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank boleh tebus bantuan BKM di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dalam sidang Bajet 2023. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun hadapan yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button