BANTUANePemulaeWallet

Bayaran Bantuan Tambahan RM200 Untuk B40 & M40

Bayaran bantuan tambahan sebanyak RM200 dan RM100 telah diperkenalkan untuk kumpulan B40 dan M40 pada tahun ini. Untuk makluman, pada pembentangan Bajet 2023 lalu pihak kerajaan telah umumkan akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama untuk golongan b40 dan m40.

PROGRAM KHAS

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa perlaksanaan bantuan e-pemula akan diteruskan pada tahun 2023. Apa yang menarik adalah kadar bayaran telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, penambahan kategori juga akan berlaku iaitu kepada kumpulan M40 juga akan mendapat manfaat dari bantuan e-pemula iaitu sebanyak RM100.

Perlaksanaan bantuan ewallet ini diteruskan adalah atas dasar prihatin kerajaan dan masih relevan untuk golongan belia. Tujuan utama program khas ini masih diteruskan adalah bagi menggalakan budaya pembayaran tanpa tunai (cashless).

Inisiatif bantuan e-pemula ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia dan 8 juta golongan m40 pada tahun ini. Perkara ini telah dimaklumkan pada pembentangan BAJET 2023 lalu.

JUMLAH BANTUAN

Untuk makluman, pada tahun 2022 jumlah bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM150 setiap seorang. Pada tahun ini kadar bantuan dan kategori penerima telah dikemaskini seperti berikut :

  • E-Pemula Belia : RM200 setiap seorang
  • E-Pemula M40 : RM100 setiap seorang.

KRITERIA KELAYAKAN

Pada tahun ini akan melibatkan 2 kategori kelayakan bantuan epemula seperti berikut :

E-PEMULA M40

  • Warganegara Malaysia
  • Individu dari kalangan M40 yang memperolehi pendapatan tahunan RM100,000 dan kebawah

E-PEMULA BELIA

  • Warganegara Malaysia
  • Individu (belia) yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa bagi 21 tahun keatas.

CARA TEBUS BANTUAN E-PEMULA

Kaedah cara tebus bantuan adalah sama seperti sebelum ini. Kepada yang berkelayakan boleh tebus bantuan ini melalui platform pilihan tersedia seperti Shopeepay, Grabpay, Touch N Go dan Bigpay. Maklumat perlaksanaan bantuan khas e-pemula ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk semakan umum.

INFO LANJUT

Selain daripada bayaran bantuan tambahan RM200 ewallet untuk belia ini, terdapat lebih banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button