Bayaran bantuan ewallet BINGKAS RM300 dikreditkan setiap bulan kepada golongan pemohon yang layak. Untuk makluman, terdapat sebuah program inisiatif berbentuk bantuan bulanan yang ditawarkan oleh pihak kerajaaan pada tahun 2023.
BANTUAN EWALLET BINGKAS
Pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program bantuan kehidupan sejahtera Selangor pada tahun ini. Program ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban rakyat negeri dalam bentuk barangan keperluan asas.
Kadar yang ditawarkan adalah berjumlah RM300 sebulan dalam bentuk ewallet. Pemberian ini diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pada tahun ini.
SYARAT PENDAFTARAN
Berikut adalah syarat kelayakan pendaftaran yang telah ditetapkan bagi bayaran bantuan ewallet BINGKAS berjumlah RM300 sebulan seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur lapan belas (18) tahun dan ke bawah
- Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000
- Lahir di Selangor atau menetap di negeri ini melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting yang diperlukan bagi pendaftaran permohonan bantuan BINGKAS seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (sekiranya ada)
- Salinan MyKid, kad pengenalan atau surat kelahiran (tanggungan)
- Salinan slip gaji (penjawat awam) atau pencen terkini (pesara)
- Salinan sijil penceraian/ kematian/ laporan polis (kategori ibu bapa tunggal)
- Salinan penyata KWSP atau EA bagi pekerja swasta
- Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja)
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN
Kepada mereka yang berkelayakan dan berminat, permohonan boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap panduan daftar permohonan telah disediakan di laman rasmi – BINGKAS
Info : Setiap satu permohonan akan disemak oleh ADUN dan sefcare, kepada pemohon yang berjaya lulus akan dimaklumkan melalui pesanan e-mel.
MAKLUMAT LANJUT
Selain bantuan BINGKAS, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.