Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Terkini : Pengeluaran KWSP Bersyarat minimum RM3,000 Dibuka

Terkini : Pengeluaran KWSP Bersyarat fasa 1 minimum serendah RM3,000 kini dibuka kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa kemudahan pengeluaran ini telah diperkenalkan pada tahun 2023.

TERKINI : PENGELUARAN KWSP BERSYARAT (FASA 1)

Tahukah anda, bermula April lalu pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran. Skim FSA2 atau fasiliti sokongan akaun 2 ini adalah merupakan kemudahan pengeluaran pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Untuk makluman, perlaksanaan pengeluaran khas bersyarat FSA2 KWSP ini akan dilakukan secara 2 fasa yang melibatkan kriteria yang berbeza. Pada waktu ini, permohonan boleh dikemukakan oleh ahli KWSP bagi pengeluaran fasa pertama.

Objektif utama kerajaan dan KWSP memperkenalkan kemudahan FSA2 ini adalah bagi membantu para pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang terpilih.

KADAR PENGELUARAN KWSP BERSYARAT YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah menetapkan minimum jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan adalah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

KELAYAKAN PENGELUARAN BERSYARAT FSA2 KWSP

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan pembiayaan pengeluaran FSA2 seperti dibawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank
  • Mempunyai minimum simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000 (One-off)

Info : Bagi tarikh tempoh perlaksanaan FSA2 KWSP ini adalah sepanjang tahun ini. Manakala bagi bagi fasa kedua (2) akan dimaklumkan kelak oleh pihak KWSP.

DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN BERSYARAT FASA 1

Kepada para pencarum KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan secara dalam talian. Panduan lengkap cara daftar dan mohon pengeluaran khas ini telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Institusi perbankan yang terlibat bagi fasa 1 adalah MBSB, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan CIMB Bank.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button