
Pada tahun ini, pihak Kerajaan telah menyediakan sebuah kemudahan program perumahan rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai PR1MA 2022. Melalui program perumahan ini menyediakan rumah dengan harga mampu milik sekaligus dapat meningkatkan kualiti yang tinggi untuk diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana pada waktu ini.
Objektif utama program perumahan PR1MA ini diperkenalkan adalh bagi untuk membangunkan kediaman yang selesa, moden dan berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Di halaman ini telah disediakan butiran maklumat berkenaan panduan permohonan PR1MA tahun 2022.
Syarat Kelayakan Rumah PR1MA
- Individu yang ingin memohon atau pasangan tidak mempunyai lebih dari 1 kediaman sendiri
- emohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
- Pemohon harus berumur 21 tahun dan keatas semasa permohonan
- Pemohon atau berpasangan yang mempunyai pendapatan semasa bulanan antara RM 2,000 sehingga RM 15,000 sebulan
Cara-cara Langkah Permohonan Rumah PR1MA
Pendaftaran
Indivisu yang ingin mohon perlu layari laman rasmi PR1MA – DI SINI , sila pastikan anda lengkapkan pendaftaran dan anda akan terima nombor rujukan PR1MA. Nomber rujukan tersebut anda perlu simpan untuk tujuan semakan atau rujukan pada masa akan datang.
Permohonan
Sekiranya berjaya membuat pendaftaran dan log masuk, anda perlu teruskan permohonan di aplikasi PR1MA Homes kerana kemasukan untuk mengundi tidak secara automatik dilakukan.
Pelancaran Pembangunan Baru
Individu akan diberikan makluman bagi perlaksanaan pembangunan PR1MA yang baru serta lokasi kediaman pilihan.
Undian
Proses untuk ini secara terbuka yang akan dilakukan oleh pemohon yang menepati syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan.
Pemilihan Unit Rumah
Bagi mereka yang layak, anda akan dijemput untuk sesi pemilihan unit yang tersedia, sila pastikan anda menyediakan wang sebanyak RM 500 dalam bentuk draf bank untuk yuran tempahan.
Kepada anda yang ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program rumah mampu milik PR1MA ini, anda boleh terus ke Portal Rasmi PR1MA untuk rujukan – DI SINI
Untuk informasi lebih lanjut berkenaan kemudahan atau inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, anda boleh semak senarai di halaman utama diatas.