BANTUANMySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

Bantuan Tunai MySTR 2024 : Jadual Bayaran Mengikut Fasa

Bantuan Tunai MySTR 2024 : Jadual bayaran mengikut fasa secara berperingkat telah diumumkan pihak kerajaan perpaduan. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif khas ini akan adalah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang melibatkan dana peruntukan bantuan yang besar.

BANTUAN TUNAI MYSTR 2024

Seperti sedia maklum, semasa sidang pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemberian STR akan diteruskan. Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR ini telah ditambahbaik bagi tahun hadapan.

Kadar jumlah keseluruhan akan dinaikkan sehingga RM3,700 berbanding tahun 2023 berjumlah RM3,100. Apa yang menarik adalah pemberian insentif tambahan SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima STR.

Bagi tahun hadapan, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah adalah sekitar RM10 bilion yang akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima. Ianya adalah sekitar 60 peratus rakyat Malaysia yang berada dalam kategori dewasa.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2024

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran STR 2024 akan diberikan secara pengkreditan ke dalam bank dan tebus tunai di BSN. Jadual lengkap pemberian STR mengikut fasa adalah seperti berikut :

  • Pemberian STR fasa 1 mula disalurkan pada : Februari 2024
  • Pemberian STR fasa 2 mula disalurkan pada : April 2024
  • Pemberian STR fasa 3 mula disalurkan pada : Ogos 2024
  • Pemberian STR fasa 4 mula disalurkan pada : November 2024.

BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Setiap penerima STR perlu tahu berapa jumlah nilai keseluruhan yang patut anda terima. Dibawah telah disediakan jumlah bantuan STR 2024 mengikut kategori kelayakan seperti berikut.

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA B40) PENDAPATAN RM2,500

  • Bilangan anak (0) – RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000
  • Bilangan anak (5 atau lebih) – RM2,500

ISI RUMAH (KELUARGA M40) PENDAPATAN RM5,000

  • Bilangan anak (0) – RM500
  • Bilangan anak (1-2) – RM750
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000
  • Bilangan anak (5 atau lebih) – RM1,250

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang (21 tahun keatas) – RM350
  • Warga emas (60 tahun keatas) – RM600

KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada STR, anda disarankan untuk membuat pengemaskini maklumat terkini supaya kadar jumlah bayaran adalah sepatutnya anda terima. Untuk mereka yang bukan penerima STR tahun 2023, permohonan baharu boleh dikemukakan secara online.

Untuk semakan kemaskini maklumat dan pendaftaran baru, panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi STR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button