BANTUANSkim Mesra

Bantuan Skim Mesra RM500 : Panduan Lengkap & Cara Mohon

Bantuan Skim Mesra RM500 : Panduan lengkap program dan cara mohon telah disediakan sebagai rujukan kepada umum. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk skim bantuan Mesra ini adalah sebahagian insentif yang ditawarkan pada tahun ini.

BANTUAN SKIM MESRA RM150 & RM500

Dalam usaha pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat, pelbagai program telah dilancarkan. Salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan adalah melalui program skim Mesra.

Terdapat 2 bantuan yang diberikan dalam skim Mesra iaitu melalui SMUE dan SMIS kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa ini merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

MANFAAT BANTUAN SKIM MESRA

Kepada mereka yang berkelayakan dan mendaftar dibawah SMUE dan SIM akan menerima manfaat bantuan seperti di bawah :

BAUCAR BELI BELAH

  • Menerima secara automatik baucar bernilai RM150 setiap tahun selagi masih hidup
  • Baucar tersebut boleh digunakan di mana-mana pasaraya yang telah ditetapkan
  • Baucar boleh ditebus di pusat khidmat DUN dengan pengesahan kad pengenalan asal ahli berdaftar
  • Sebarang tuntutan baucar selepas kematian tidak dibenarkan
  • Baucar boleh digunakan dalam tempoh 90 hari (3 bulan) dan tidak boleh diganti
  • Kepada ahli yang lulus, disarankan kemaskini maklumat terkini seperti nombor telefon bagi mengelakkan sebarang informasi terlepas.

INSENTIF KHAIRAT KEMATIAN

  • Layak menerima insentif bantuan berjumlah RM500
  • Tuntutan khairat kematian perlu dibuat dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar
  • Tuntutan yang lewat dari tempoh 6 bulan dari tarikh kematian tidak akan dibayar
  • Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari tahun 2021
  • Pembayaran bantuan ini akan dibuat kepada waris melalui pindahan wang terus ke akaun atau tunai di pusat khidmat DUN
  • Sekiranya si mati belum didaftarkan dibawah skim mesra, waris perlu buat permohonan dalam tempoh 6 bulan tersebut
  • Kepada waris yang membuat tuntutan baucar jom shopping selepas ahli meninggal dunia hanya layak menerima insentif sebanyak RM350 sahaja.

PANDUAN MENDAFTAR SKIM MESRA

Kepada yang berkelayakan dan berkenaan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – SKIM MESRA YAWAS

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan khusus kepada golongan B40 telah disediakan kerajaan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button