Bajet 2023BANTUANBSHKerajaan

Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2023

Bantuan Sara Hidup atau lebih dikenali sebagai BSH adalah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang bakal mengantikan bantuan BKM pada tahun hadapan. Hal ini merupakan berita baik buat rakyat terutama bagi golongan b40 dan miskin tegar kerana dapat membantu dari segi meringankan beban kos sara hidup pada tahun 2023.

BANTUAN SARA HIDUP 2023

Untuk sedia maklum, berdasarkan gagasan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu di dalam ‘Tawaran Harapan PRU ke 15’ yang terdapat usaha untuk meneruskan bantuan berbentuk tunai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Kini pihak kerajaan telah dibentuk ‘Kerajaan perpaduan’ yang mana membabitkan parti gabungan Pakatan Harapan, GPS, GRS, Barisan Nasional dan lain-lain. Program bantuan sara hidup ini dijangkakan akan mula dilaksanakan pada awal tahun 2023 bagi menggantikan bantuan BKM.

Untuk makluman lebih menyeluruh berkenaan kategori kelayakan, kadar bayaran dan jadual bantuan ini akan diketahui semasa sidang Belanjawan 2023 dibentangkan di dalam parlimen tidak lama lagi.

PERMOHONAN BANTUAN

Untuk makluman, cara permohonan bantuan ini masih belum diberitahu. Berkemungkinan data penerima BKM akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem bantuan sara hidup. Segala makluman berkenaan Bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Untuk pengetahuan umum, sebelum ini BSH dibawah seliaan Pakatan Harapan. Ia dijenamakan sebagai bantuan Prihatin Rakyat (BPR) semasa dibawah pimpinan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah itu ditukar kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), pada tahun ini di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bantuan tahun 2022.

Sekiranya, anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan lain yang telah dilancarkan pada tahun ini. Yang berkelayakan untuk anda mohon, Sila ke halaman utama yang telah disediakan – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, menerusi Bajet 2023. Terdapat inisiatif baru dan lama yang masih diteruskan pada tahun hadapan seperti bantuan untuk golongan warga emas, kanak-kanak dan B40. Anda boleh rujuk senarai inisiatif dalam Bajet 2023 – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button