
Bantuan RM300 MyKad telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima STR yang layak pada bulan Julai ini. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendukung masyarakat terutama dalam waktu yang mencabar.
PEMBERIAN BANTUAN MYKAD RM300
Pemilik MyKad yang layak akan mendapatkan bantuan ini secara automatik, dan tidak perlu membuat permohonan tambahan. Pastikan semua maklumat peribadi dalam rekod kerajaan adalah tepat dan terkini.
Bagi yang belum menerima bantuan, anda disarankan untuk menyemak status kelayakan melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Mykasih yang disediakan oleh kerajaan. Program Sumbangan Asas Rahmah atau SARA Mykasih ini merupakan bantuan tambahan dari Sumbangan Tunai Rahmah.
Lebih 5 juta penduduk Malaysia berkelayakan untuk mendapatkan bantuan tambahan yang dikreditkan dalam mykad ini. Pada bulan Julai ini kategori penerima yang layak adalah bujang, isi rumah dan warga emas.
Bantuan Mykasih ini bukan sahaja membantu dalam menyokong keperluan asas seperti makanan tetapi juga bertindak bantuan tambahan. Dengan adanya suntikan wang ini, diharapkan perbelanjaan rakyat akan meningkat, yang secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada perniagaan tempatan.
Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu mengambil kesempatan daripada bantuan ini bagi memperbaiki keadaan kewangan mereka. Amaun bantuan SARA ini boleh digunakan untuk tujuan membeli barang keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
KADAR BANTUAN MYKAD MENGIKUT KATEGORI BULAN JULAI
Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, kadar bayaran bantuan mykad bulan Julai ini mengikut kategori adalah seperti di bawah ;
- RM200 : Kategori isi rumah berstatus miskin dan miskin tegar
- RM100 : Kategori isi rumah berstatus bukan miskin dan B40
- RM150 : Kategori warga emas berstatus miskin dan miskin tegar
- RM50 : Kategori bujang miskin dan warga emas bukan miskin dan B40.
Nota : Pemberian bantuan mykad ini tidak memerlukan sebarang permohonan dan bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR. Untuk semak sama ada anda layak atau tidak, sila kunjungi laman portal rasmi – MySARA 2025
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lebih lanjut.