Bantuan RM2700 Untuk Bujang B40 disediakan melalui program Bantuan Geran Pelancaran (GP) yang boleh dimohon pada tahun ini.
PROGRAM BANTUAN RM2700 UNTUK BUJANG
Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan sebuah inisiatif bantuan kewangan kepada bujang terutama usahawan muda. Geran Pelancaran (GP) ini adalah inisiatif bantuan kewangan yang diberikan secara one-off.
Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima bayaran bantuan berjumlah RM2700 secara sekaligus / one-off. Perlaksanaan inisiatif khas ini adalah sebagai modal permulaan perniagaan kecil yang ingin dikembangkan.
Dengan adanya insentif bantuan geran pelancaran ini dapat meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Mereka yang layak diberi peluang untuk memulakan perniagaan sebagai menjana pendapatan tambahan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM2700 BUJANG
Kepada mereka yang ingin memohon perlu menepati beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :
- Warganegara – Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
- Status pemohon – Individu berumur 18 tahun keatas (bujang)
- Pendapatan – Gaji / pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM2500 (golongan B40)
- Tanggungan – Tiada tanggungan anak.
Nota : Setiap kategori bantuan yang ditawarkan mempunyai syarat-syarat tambahan yang perlu dipatuhi pemohon.
CARA MOHON BANTUAN GERAN PELANCARAN
Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini selagi masih dibuka. Panduan ringkas untuk mendaftar telah disediakan seperti berikut :
- Semak kelayakan – Pastikan anda mematuhi dan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori bantuan
- Sediakan dokumen penting yang diperlukan – Seperti salinan kad pengenalan pemohon, penyata bank terkini dan dokumen yang berkaitan
- Isi borang permohonan – Sila layari laman portal rasmi GERAN PELANCARAN
- Selesai – Hantar borang permohonan dan tunggu keputusan.
Jika berkelayakan dan diluluskan, bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada tarikh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Bantuan seperti geran pelancaran ini sangat memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan bujang yang ingin menjadi usahawan. Selain itu terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan telah disediakan dan boleh dimohon sepanjang tahun ini.
Untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, sila rujuk pada halaman utama carianterbaru!