BANTUANIPT

Bantuan RM1500 Untuk Pelajar IPT Bermula Tahun 2025

Bantuan RM1500 untuk pelajar IPT akan dilaksanakan, mereka  yang dari Negeri Sembilan yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan pelajar yang sedang berusaha mencapai kejayaan akademik.

BANTUAN RM1500 UNTUK PELAJAR IPT

Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, menyatakan bahawa pemberian insentif khas ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada pelajar. Bantuan ini akan memberi mereka peluang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian.

Dengan adanya insentif ini mereka tanpa perlu bimbang tentang kos perbelanjaan harian dan pendidikan yang semakin meningkat.

Untuk makluman, bermula tahun 2019 sehingga 2024, anak-anak negeri sembilan dengan pendapatan keluarga dibawah RM4,000 sebulan. Mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat sijil, diploma dan ijazah boleh memohon bantuan khas kemasukkan IPTA dengan jumlah bantuan sebanyak :

  • RM500 : Peringkat sijil
  • RM750 : Peringkat Diploma
  • RM1,000 : Peringkat ijazah.

Dengan adanya bantuan ini, diharap pelajar dapat mengakses keperluan pendidikan yang lebih baik. Mereka boleh menggunakan wang bantuan tersebut untuk membeli buku rujukan, membayar yuran pengajian, serta menampung keperluan lain yang berkaitan dengan kehidupan sebagai pelajar.

Ini adalah satu langkah positif dalam meningkatkan taraf pendidikan dan mempromosikan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar IPT di Negeri Sembilan. Insentif ini adalah dibawah Pejabat Menteri Besar dan permohonan boleh dibuat melalui aplikasi N9 Digital.

Segala maklumat terperinci berkenaan bantuan yang ditawarkan dan pendaftaran permohonan, anda boleh rujuk pada halaman rasmi – YAYASAN (YNS) untuk info selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button