BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

Bantuan Latihan Perantis RM200 :Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Bantuan Latihan Perantis RM200 dikreditkan setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan menyertai program BLP. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian insentif dibawah Belanjawan 2024.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS RM200

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan sebuah pogram yang dikenali sebagai Bantuan Latihan Perantis. Program BLP ini adalah sebuah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan sepenuhnya oleh JKM.

Program khas BLP ini diberi keutamaan kepada klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang berstatus tercicir daripada persekolahan dan sedang menganggur. Mereka yang merupakan bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan juga boleh meyertai program ini.

Perlaksanaan program istimewa ini menawarkan bantuan latihan perantis berjumlah RM200 sebulan kepada peserta. Program ini diadakan bertujuan bagi memberikan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Syarat-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program BLP 2024 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Pemohon merupakan anak-anak penerima bantuan kewangan
  • Bekas pelatih atau bekas penghuni dari mana-mana institusi kebajikan dalam negara
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat.

Nota : Setiap borang permohonan yang didaftarkan akan melalui siasatan sebagai penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan ini kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan tunai yang berdasarkan kepada kelayakan asas bukan hak.

CARA MOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteriak kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP 2024

Bagi memudahkan urusan pentadbiran untuk proses semakan permohonan, individu perlu sediakan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan pemohon dan dokumen berkaitan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian khas agensi perlaksanaan (JKM) di – 603 8000 8000 atau hadir ke pejabat kebajikan masyaarakat berhampiran.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button