BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan : Panduan Permohonan

Bantuan Latihan Perantis RM200 sebulan adalah merupakan salah satu inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Program BLP ini adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS RM200

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif program yang dikenali sebagai Bantuan Latihan Perantis atau BLP. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selaku agensi di bawah Kerajaan.

Kadar insentif bernilai RM200 diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak menyertai program BLP ini. Kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan boleh memohon bantuan khas ini selagi kuota permohonan masih dibuka pada tahun ini.

Tujuan utama perlaksanaan program istimewa BLP ini masih diteruskan pada tahun 2024 adalah bagi membantu klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir. Mereka yang sedang menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan layak untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS 2024

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi menyertai program BLP tahun ini seperti di bawah :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Anak-anak penerima bantuan
  • Bekas pelatih atau bekas penghuni dari institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN (BLP)

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan BLP boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan permohonan dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP (JKM)

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (pemohon)
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (Sekiranya ada)
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan ujian siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

INFO LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button