Bantuan kredit ewallet atau lebih dikenali sebagai e-tunai rahmah adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk sedia maklum, bantuan berbentuk kredit ewallet ini akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
KREDIT E-TUNAI RAHMAH 2023
Bantuan kredit e-tunai rahmah ini telah menggantikan bantuan kredit ewallet tahun sebelum ini yang dikenali sebagai e-pemula. Apa yang menarik tahun lalu bantuan diberikan bernilai RM150, pada tahun ini kadar bantuan telah dinaikkan berjumlah RM200 seorang.
Program bantuan e-tunai rahmah ini dilaksanakan adalah bagi meringankan beban rakyat dan masih releven kerana secara tidak langsung dapat memupuk pembelian tanpa tunai (cashless). Dengan kaedah seperti ini dapat mengurangkan risiko kehilangan wang tunai dan lebih selamat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Berikut telah disediakan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan e-tunai rahmah seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Ditawarkan kepada golongan belia dan bujang
- Berumur 18 sehingga 20 tahun
- Bagi individu berumur atas 21 tahun hanya dibenarkan kepada belia yang menuntut pengajian secara sepenuh masa.
KADAR BANTUAN
Kepada mereka yang layak boleh tebus bantuan kredit ewallet pada kadar sebanyak RM200 untuk setiap penerima. Penggunaan amaun bantuan tersebut boleh digunakan di platform e-dagang seperti Shopee Pay, Big Pay, touch N Go ewallet dan Grabpay.
CARA TEBUS BANTUAN
Buat masa ini pihak kerajaan masih belum umum cara untuk tebus bantuan berjumlah RM200 ini. Dijangkakan seperti tahun lalu, inidividu yang layak boleh tebus bantuan tersebut di mana-mana platform e-dangang pilihan.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan kredit etunai rahmah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Bantuan khas ini telah diperkenalkan pada pembentangan BELANJAWAN 2023 Februari lalu.
INFO LANJUT
Bagi yang terlepas pandang, pada awal tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan sepert STR, bantuan JKM dan sebagainya. Bantuan-bantuan ini ditawarkan kepada golongan sasar iaitu kumpulan B40 dan miskin.
Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.