BANTUANeTunaiKredit

Bantuan Khas E-Tunai : Kredit RM100 Percuma Untuk B40 & M40

Bantuan Khas E-tunai adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2023. Untuk sedia maklum, kredit bernilai RM100 boleh ditebus oleh golongan dewasa yang terdiri daripada kumpulan B40 dan M40.

BANTUAN KHAS E-TUNAI (DEWASA)

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian e-tunai kepada golongan dewasa. Perkara tersebut telah dimaklumkan pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi : Memperkasa rakyat.

Apa yang menarik adalah insentif istimewa ini bakal diberikan kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun ini. Pendapatan dibawah RM100,000 setahun adalah syarat utama, dan secara tidak langsung golongan B40 dan M40 layak mendapatkannya.

Kadar yang dimaklumkan adalah berjumlah RM100 secara one-off. Mereka yang layak boleh claim kredit e-tunai ini melalui aplikasi edompet yang terlibat. Perkara ini akan dimaklumkan pada perlaksanaan nanti.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS E-TUNAI

Kerajaan telah memaklumkan, inisiatif khas ini akan mula dilancarkan dan boleh ditebus oleh rakyat pada suku keempat tahun 2023. Ini bermakna bantuan akan dilaksanakan seawal bulan Oktober dan selewatnya pada Disember nanti.

Berdasarkan inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun ini, berkemungkinan tarikh bayaran bantuan e-tunai ini akan diawalkan. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

KELAYAKAN E-TUNAI RM100

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan istimewa RM100 ini seperti :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan RM100,000 dan ke bawah (Setahun)
  4. Kumpulan B40 & M40

CARA TEBUS KREDIT E-TUNAI

Untuk makluman, dijangkakan cara tebus kredit e-tunai RM100 ini akan dilakukan sama seperti bantuan eBeliaRahmah. Dimana setiap individu boleh claim secara online melalui aplikasi edompet seperti Touch N Go ewallet, Boost, Setel dan sebagainya.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah dilaksanakan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button